Tuesday, July 23, 2019
Makan dan Makanan
Saya suka makan. Saya juga suka mencuba makanan baru. Tapi sebenarnya saya suka makanan yang ringkas. Mak saya selalu masak satu atau dua mata lauk saja. Tapi itulah yang sedap sangat. Barangkali sebab dia yang masak. Mak punya sup ikan tongkol goreng masam masin sangat sedap. Ringkas saja resepinya pun. Nanti-nanti saya kongsikan resepi. Saya juga suka memasak (duluuuuuu). Cuma sekarang saja yang kurang memasak. Sebab sibuk. Kononnya. Haha. Saya juga suka tengok orang makan. Pelik juga hobi ini tapi itulah memang seronok dapat tengok orang makan, lagi-lagi makanan yang kita masak.
Saya Gembira Melihat Kau Bahagia
Tiba-tiba hati terdetik nak cari nama kawan lama ni. Lalu terjumpa. Orangnya masih seperti dulu walaupun masa berlalu. Dia dah ada blog dan ada fb. Seronok baca blog nya. Blog yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang dia suka. Ada hobi baru tambahan daripada hobi yang sedia ada. Oh ya, dia dah ada buku baru juga. Dan dah pun dijual di MPH. Nanti bolehlah cari dan beli. Saya doakan dia bahagia dengan kehidupannya. I am happy that you are happy.
(78 patah perkataan)
Kereta Pinjam
Semalam saya pinjam kereta kancil kawan saya. Dia ada banyak kereta jadi dia bagilah satu pinjam. Orang kaya katakan. Best eh ada kawan kaya. Haha. Kereta baru saya sampai dalam sebulan dua lagi. Saya pinjam untuk pergi kerja dan bergerak ke mana-mana.
Dah lama saya tak bawa kereta manual. Saya ambil keretanya di Bangi. Dia bagi tuisyen bawa kereta manual tu sekejap. Masa nak naik bukit tu kereta tu mengundur. Berpeluh saya. Dahlah ada kereta lain di belakang. Kereta belakang tu pun mengundur sedikit nak bagi ruang saya bergerak.
Mujurlah lepas. Saspen betul. Sudahnya saya tak berani nak balik ke rumah dalam jalan sesak. Jadi petang tu saya singgah di Bangi Gateway. Kononnya nak tunggu sampai jalan clear. Dekat nak jam 10 baru saya gerak. Boleh? Hahaha.
Gear 4 pun saya bawa tak lebih 60. Syukurlah dapat sampai ke rumah dengan jayanya. Seronok jugak bawak kereta manual.
(147 patah perkataan)
tudiaaaaa 1000 -147=853 patah perkataan lagi
Cabaran Menulis 1000 Patah Perkataan Sehari
Mulai hari ini hingga 29 Julai 2019, saya akan menulis sebanyak 1000 patah perkataan setiap hari di sini selama seminggu. Topik dan jumlah topik adalah bebas. Kenapa mencabar diri sendiri ni? Sebab saya dah lama tak menulis. Haha. Ok. Di bawah setiap tulisan akan diletakkan jumlah perkataan. Lebih perkataan tak apa. Tak boleh kurang. Tau?
Tuesday, December 22, 2015
Thursday, January 3, 2013
Selamat tahun baru Masihi 2013.Tahun baru saya ialah pada Awal Muharam yang lalu.Doa dan azam sejak bulan Muharam lalu diteruskan untuk tahun Masihi ini.Semoga Allah memudahkan segala urusan kita,memberikan kita kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan melimpah ruah, rahmat yang tidak bertepi, dan paling penting redha dengan kita.Semoga kita berjalan di atas planet bumi ini dengan penuh rasa sedar bahawa kita cuma singgah sebentar sahaj di sini dan akan kembali kepada pencipta apabila tiba masanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Atas sebab-sebab yang tak dapat elakkan saya tidak dapat menghabiskan cabaran menulis untuk hari ketujuh. Oleh itu, cabaran menulis 1000 pa...







