Tuesday, July 23, 2019
Kereta Pinjam
Semalam saya pinjam kereta kancil kawan saya. Dia ada banyak kereta jadi dia bagilah satu pinjam. Orang kaya katakan. Best eh ada kawan kaya. Haha. Kereta baru saya sampai dalam sebulan dua lagi. Saya pinjam untuk pergi kerja dan bergerak ke mana-mana.
Dah lama saya tak bawa kereta manual. Saya ambil keretanya di Bangi. Dia bagi tuisyen bawa kereta manual tu sekejap. Masa nak naik bukit tu kereta tu mengundur. Berpeluh saya. Dahlah ada kereta lain di belakang. Kereta belakang tu pun mengundur sedikit nak bagi ruang saya bergerak.
Mujurlah lepas. Saspen betul. Sudahnya saya tak berani nak balik ke rumah dalam jalan sesak. Jadi petang tu saya singgah di Bangi Gateway. Kononnya nak tunggu sampai jalan clear. Dekat nak jam 10 baru saya gerak. Boleh? Hahaha.
Gear 4 pun saya bawa tak lebih 60. Syukurlah dapat sampai ke rumah dengan jayanya. Seronok jugak bawak kereta manual.
(147 patah perkataan)
tudiaaaaa 1000 -147=853 patah perkataan lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tasik Kenyir
Saya share gambar dulu.
-
Cikgu Lee menjadi guru kelas kami selama dua tahun iaitu dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3. Di samping itu dia mengajar kami subjek Mate...
-
ya Allah berikanlah aku kesihatan dan daya ingatan yang baik serta berpanjangan. amin
No comments:
Post a Comment