Thursday, July 25, 2019

Zakat

Zakat itu menyuburkan harta tapi ramai yang tak mahu percaya. Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Bukan saya cakap tapi ayat dalam Al Quran.Surah Al Baqarah ayat 43.


Zakat ada banyak jenis tapi untuk tulisan ini saya cuma nak cakap tentang zakat pendapatan. Berapa ramai daripada kita yang membayar zakat pendapatan. Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, sekiranya kalian dah bekerja dan sudah pun mampu untuk mengeluarkan zakat pendapatan, jadi tunaikanlah.


Zakat yang kita tunaikan itulah gunanya untuk memajukan serta membantu rakan-rakan Islam kita yang lain yang tak berkemampuan. Sebahagian kecil daripada pendapatan kita peroleh itu adalah hak mereka. Allah dah janji pun apa yang kita keluarkan sebagai sedekah dan zakat tak akan mengurangkan harta kita malah menambahkan keberkatannya.


Hal begini jika nak pakai hukum logik memanglah saya tak boleh nak debat. Saya kurang ilmu. Nak tahu lagi tentang zakat boleh rujuk kepada orang yang pakar. Atau boleh baca buku tentang zakat juga. Nak tahu jumlah zakat pendapatan yang boleh kita berikan pun ada kalkulator zakat. Ini dia pautannya.
https://www.zakat2u.com.my/kiraan/zakat/pendapatan


Apa lagi kita nak cari dalam dunia yang sementara ini selain redha Allah. Hidup cuma sekejap.

(181 pp)

No comments:

Post a Comment

Tasik Kenyir

Saya share gambar dulu.