Maafkan saya tercerita pasal cicak. Yalah saya geli betul dengan cicak. Tapi apakan daya. Begini. Satu hari beberapa tahun lalu saya tertengok 1 dokumentari di Facebook tentang orang di suatu tempat di Indonesia ini menangkap cicak besar di pokok-pokok serta di sekitar rumah. Cekap betul dia cari cicak. Tak sempat cicak tu nak melakukan regangan dah kena tangkap. Jadi cicak-cicak yang ditangkap ini dibawa balik ke rumah terus diambil oleh isteri orang yang berkenaan. Kakak tu pakai tudung macam kita juga. Mula-mula diketuk kepala cicak tu bagi koma atau mati kemudian disiang kulitnya. Kemudian dipotong kecil-kecil. Bawang dikupas serta dihiris bersama cili dan halia. Aduh. Kakak itu selanjutnya panaskan kuali dan menumis bahan-bahan tersebut sampai agak layu lalu dimasukkan isi cicak yang sudah dipotong dan dibersihkan tadi. Dia bubuh garam dan serbuk secukup rasa. Bila dah masak dia hidangkan terus bersama nasi panas. Aihhhh. Saya pun dah alang-alang menontonlah sampai habis iaitu saat mereka makan tengahari dengan nasik lauk cicak tumis itu. Tak tau nak cakap apa lagi.
No comments:
Post a Comment