Thursday, January 3, 2013

Selamat tahun baru Masihi 2013.Tahun baru saya ialah pada Awal Muharam yang lalu.Doa dan azam sejak bulan Muharam lalu diteruskan untuk tahun Masihi ini.Semoga Allah memudahkan segala urusan kita,memberikan kita kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan melimpah ruah, rahmat yang tidak bertepi, dan paling penting redha dengan kita.Semoga kita berjalan di atas planet bumi ini dengan penuh rasa sedar bahawa kita cuma singgah sebentar sahaj di sini dan akan kembali kepada pencipta apabila tiba masanya.

Thursday, April 19, 2012

Mantiq Al Tair

there is none but Him. but, alas no one can see Him. the eyes are blind, even though the world be lighted by a brilliant sun. should you catch even a glimpse of Him you would lose your wits, and if you should see Him completely you would lose yourself.

makna simbol yang telah berubah

tadi semasa mencari2 tentang makna sebenar sesuatu perkataan, saya terjumpa pula dengan tulisan tentang swastika ini. sangat menarik untuk dibaca. mari menambah pengetahuan.
http://speloona.wordpress.com/2011/05/18/swastika-how-symbols-change-their-meaning/

Friday, August 20, 2010

cukuplah Allah bagiku

ketika kau rasa buntu dengan suatu keadaan hidup yang tidak mampu kau tangani. ketika kau rasa seolah2 tiada siapa pun yang akan dapat membantumu, ketika kau rasa semangatmu hampir tiada bersisa di dalam diri, janganlah putus asa, gengamlah kedua tanganmu dan nyatakan dengan yakin ayat ini "cukuplah Allah bagiku" berulang kali. ingatlah bahawa tiada apa pun yang kekal di alam ini. jangan kau gantung harapanmu kepada yang lain selain Dia. jangan sekali2 kau bergantung harap kepada selain daripadaNya. serahkan pergantungamu hanya kepada Allah kerana kepada Dialah yang maha besar lagi maha mengetahui.

Thursday, August 19, 2010

Memorable Quotes From Patch Adams (1998)

Arthur Mendelson : How many fingers do you see?
Patch Adams : Four.
Arthur Mendelson : No no! Look beyond the fingers! Now tell me how many you see?
Arthur Mendelson : You're focusing on the problem. If you focus on the problem, you can't see the solution. Never focus on the problem! See what no one else sees! See what everyone chooses not to see... out of fear, comfirmity or laziness. See the whole world anew each day!

Wednesday, December 30, 2009

zeta dan blog

zeta beberapa kali mengusikku sebab tidak meng'update' blog. lebih kurang macam inilah usikannya "eh, blog dah kena blackout macam blog si niss ke?" aku pun jawab "a ah. blackout" sambil ketawa. banyak tips tentang menulis blog ini aku pelajari daripada zeta, yang dia pelajari daripada beberapa blogger yang mempunyai rekod yang agak cemerlang dalam hal menulis blog ini. sebahagian besarnya adalah rakan2 forumku juga. banyak info yang dia masukkan ke dalam otakku tapi yang paling ku ingat ialah jangan meminta maaf sekiranya kita dah lama tak menulis atau memasukkan apa2 sebagai tatapan rakan2 dan juga orang lain yg kebetulan membaca blog kita. ini kata zeta sesuatu perkara yang tak perlu dan tak harus diminta maafkan. "blog engkau, suka hatilah kau nak tulis ke tak". aku setuju. terima kasih zeta sebab bagi tutorial ringkas masa mula2 aku nak berjinak2 dgn blog dulu(tapi tak jinak2 pun sampai sekarang. jinak lagi burung merpati. haha) adakah aku akan 'rajin' meng'update' blog pada tahun hadapan? macam kata adeeb "ha...itu kita tak tahu." ;P