Tuesday, July 23, 2019

Harry Potter dan filem sekuelnya


Siapa peminat filem atau buku Harry Potter angkat tangan! 

Saya tonton Harry Potter hampir tiap hari. Sebabnya senang nak akses. Siap-siap saya letak dalam henfon. Bagi orang lain mungkin bosan. Takda kerja lain ke apa nak buat. Ya saya banyak kerja lain tapi saya buatlah kan. Haha. Ok. Tak bosan sebenarnya. Mula-mula memang cuma tonton jalan cerita. Sampai satu tahap tengok fesyen baju, kasut, pakaian semua. Kemudian bila tonton lagi tengok pula hiasan atau deko rumah atau deko dalam bangunan. Semua benda boleh tengok satu-satu. Dah kenapa pula ya. Sebab saya sukaaaaaa. Nanti cerita lagi pasal Harry ok. 

Makan dan Makanan

Saya suka makan. Saya juga suka mencuba makanan baru. Tapi sebenarnya saya suka makanan yang ringkas. Mak saya selalu masak satu atau dua mata lauk saja. Tapi itulah yang sedap sangat. Barangkali sebab dia yang masak. Mak punya sup ikan tongkol goreng masam masin sangat sedap. Ringkas saja resepinya pun. Nanti-nanti saya kongsikan resepi. Saya juga suka memasak (duluuuuuu). Cuma sekarang saja yang kurang memasak. Sebab sibuk. Kononnya. Haha. Saya juga suka tengok orang makan. Pelik juga hobi ini tapi itulah memang seronok dapat tengok orang makan, lagi-lagi makanan yang kita masak.

Saya Gembira Melihat Kau Bahagia

Tiba-tiba hati terdetik nak cari nama kawan lama ni. Lalu terjumpa. Orangnya masih seperti dulu walaupun masa berlalu. Dia dah ada blog dan ada fb. Seronok baca blog nya. Blog yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang dia suka. Ada hobi baru tambahan daripada hobi yang sedia ada. Oh ya, dia dah ada buku baru juga. Dan dah pun dijual di MPH. Nanti bolehlah cari dan beli. Saya doakan dia bahagia dengan kehidupannya. I am happy that you are happy. (78 patah perkataan)

Kereta Pinjam

Semalam saya pinjam kereta kancil kawan saya. Dia ada banyak kereta jadi dia bagilah satu pinjam. Orang kaya katakan. Best eh ada kawan kaya. Haha. Kereta baru saya sampai dalam sebulan dua lagi. Saya pinjam untuk pergi kerja dan bergerak ke mana-mana. Dah lama saya tak bawa kereta manual. Saya ambil keretanya di Bangi. Dia bagi tuisyen bawa kereta manual tu sekejap. Masa nak naik bukit tu kereta tu mengundur. Berpeluh saya. Dahlah ada kereta lain di belakang. Kereta belakang tu pun mengundur sedikit nak bagi ruang saya bergerak. Mujurlah lepas. Saspen betul. Sudahnya saya tak berani nak balik ke rumah dalam jalan sesak. Jadi petang tu saya singgah di Bangi Gateway. Kononnya nak tunggu sampai jalan clear. Dekat nak jam 10 baru saya gerak. Boleh? Hahaha. Gear 4 pun saya bawa tak lebih 60. Syukurlah dapat sampai ke rumah dengan jayanya. Seronok jugak bawak kereta manual. (147 patah perkataan) tudiaaaaa 1000 -147=853 patah perkataan lagi

Cabaran Menulis 1000 Patah Perkataan Sehari

Mulai hari ini hingga 29 Julai 2019, saya akan menulis sebanyak 1000 patah perkataan setiap hari di sini selama seminggu. Topik dan jumlah topik adalah bebas. Kenapa mencabar diri sendiri ni? Sebab saya dah lama tak menulis. Haha. Ok. Di bawah setiap tulisan akan diletakkan jumlah perkataan. Lebih perkataan tak apa. Tak boleh kurang. Tau?

Pasar Minggu di Serikin

Tasik Kenyir

Saya share gambar dulu.