Tuesday, July 30, 2019

Cabaran menulis hari ke-7 tak kesampaian

Atas sebab-sebab yang tak dapat elakkan saya tidak dapat menghabiskan cabaran menulis untuk hari ketujuh.

Oleh itu, cabaran menulis 1000 patah perkataan akan dimulakan sekali lagi selepas saya balik dari Kenyir minggu depan.

Sunday, July 28, 2019

Cabaran Hari Keenam Tamat

Tinggal besok saja lagi untuk cabaran menulis 1000 patah perkataan. Push yourself to the limit.

Matematik dan Kegagalan

Cikgu Lee menjadi guru kelas kami selama dua tahun iaitu dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3. 

Di samping itu dia mengajar kami subjek Matematik. Bagi saya subjek ini adalah killing subject sebab saya tak pernah lulus. 

Syarat lulus  SRP pada masa itu pula adalah wajib lulus untuk subjek Bahasa Malaysia dan juga Matematik. 

Boleh dikatakan saya tak pernah lulus ujian kelas atau peperiksaan penggal dan juga peperiksaan trial untuk subjek ini. 

Disebabkan itu subjek-subjek lain walaupun mendapat markah yang baik tetap tidak bermakna. Perkara itu menyebabkan kedudukan saya di dalam kelas jatuh teruk hingga ke tempat 40 lebih. 

Saya rasa tertekan dan sedih. Saya cuba berbagai cara untuk memperbaiki keputusan Matematik saya sepanjang dua tahun itu. 

Saya ikut kawan baik saya di kelas 2B iaitu Ramie (nama dekat-dekat sama. Haha) ke kelas tuisyen. Ramie adalah kawan baik saya sejak sekolah rendah dan kami jiran sekampung. 

Saya buat latih tubi selepas waktu kelas. Saya juga bertanya rakan-rakan jika tidak tahu menjawab soalan. 

Markah saya memang naik cuma tak pernah menginjak ke angka 50. Saya mengalami kemurungan. 

Saya jadi tidak yakin pada diri sendiri, selalu bimbang dengan peperiksaan SRP yang bakal tiba. 

Saya mula jadi pendiam dan banyak termenung di dalam kelas. Di mana-mana pun saya selalu termenung. 

Apabila cikgu mengajar saya memang memandang papan hijau tapi sebenarnya saya tiada di situ. 

Fikiran saya sudah melayang pergi jauh ke suatu tempat yang bukan di kelas atau di rumah. 

Saya berada di suatu tempat yang tak ada siapa atau apa pun yang dapat mengapa-apakan saya. 

Pernah satu kali cikgu Lee dapat menangkap saya kerana 'tiada' di kelas. Saya tidak perasan langsung yang dia sudah lama merenung saya di hadapan kelas. 

Pada masa itu dia sedang mengajar kami formula Matematik yang baru. Semasa dia berhenti mengajar dan memandang saya, semua pelajar lain pun memandang saya rupanya. 

Dia memanggil nama saya beberapa kali barulah saya tersentak. Dia menegur saya, "Hah! Buat apa tu? Berkhayal ya?" Terkial-kial saya menjawab "Tak", sambil mengeleng-geleng kepala. 

Dia menambah, "Tolong fokus bila saya mengajar." Saya mengangguk-anggukkan kepala sambil tersipu-sipu malu.

Semasa dapat keputusan gagal peperiksaan trial itu saya menangis. Mujur kawan-kawan kelas bagi semangat dan memujuk. 

Bagi saya itulah semangat setiakawan yang merentasi bangsa dan budaya.

Suatu hari selepas waktu rehat kami kembali ke kelas. Saya pun masuk dan menuju ke meja dan duduk. 

Semasa saya hendak mengambil bekas pensel di bawah meja, tiba-tiba tangan saya terpegang beberapa buah buku.

Rasanya saya tak simpan buku pun di bawah meja pagi itu. Saya menundukkan kepala dan mengambilnya. 

Saya dapat sekeping sampul surat dan beberapa buku latihan Matematik. Saya melihat tulisan ada nama saya di luar sampul. 

Saya tahu itu tulisan siapa. Saya toleh ke sebelah kanan dan melihat ke tempat duduk belakang. 

Di tempat duduk belakang kelas itu ada dua orang pelajar terbaik di sekolah kami. Dia salah seorang daripadanya (Saya akan bercerita tentang hal ini mungkin kemudian). 

Dia memandang saya sekejap dan kemudian terus buat-buat sibuk membuka bukunya. Saya buka sampul dan baca. 

Dalam surat itu dia menasihatkan saya supaya jangan sedih dan kecewa dengan keputusan trial. 

Dia mahu saya kuatkan semangat untuk lulus nanti. Masa berlalu tapi saya masih simpan surat itu hingga sekarang. 

Oh ya,  akhirnya saya lulus dengan mendapat kredit untuk subjek Matematik.

(533 pp) 

Masuk Kelas Baharu

Dahulu, kelas yang kami terpilih untuk masuk adalah berdasarkan ranking pelajar dalam peperiksaan akhir di seluruh tingkatan 1. Jumlah setiap pelajar bagi setiap kelas pula ialah dalam 45 orang. 

Semasa masuk sesi persekolahan yang baru pada awal tahun itu, senarai nama penempatan para pelajar mengikut kelas masing-masing telah pun terpampang di notis besar di hadapan dewan sekolah. 

Berasak-asak kami pada awal pagi itu untuk mencari nama masing-masing. Saya terjumpa nama saya. Saya telah dipilih masuk ke kelas 2A. 

Kung Jim dan Fie masuk 2B. Siew Luang 2C. Hanya saya seorang daripada kelas lama yang masuk ke kelas 2A. 

Sebahagian besar masuk ke 2B dan juga 2C. Nenek masuk kelas 2E. Geng mafia ada yang dapat kelas 2F dan 2G. 

Toyyib semasa di tingkatan 1 berada di kelas lain. Bagaimanapun pada kali ini dia masuk ke kelas 2A sama dengan saya. 

Toyyib adalah bekas kawan sekelas saya sewaktu dalam darjah 5 dan 6 dahulu. Di sinilah bermula kehidupan kami dengan rakan-rakan kelas yang baru dan kawan baik yang baru. 

Sesekali jika terserempak kami akan bertegur sapa dan bertanya khabar.

Saya berjumpa semula beberapa kawan baik semasa di sekolah rendah di dalam kelas ini. 

Amy, Lia dan Adry (bukan nama penuh). Amy gadis Bidayuh yang sangat menawan dan cantik. Sangat ramai peminat. Saya selalu menjadi posmen Amy dengan peminat-peminatnya. 

Lia, gadis Cina berkaca mata yang putih melepak serta fasih berbahasa Melayu. Adry, jejaka Cina yang pernah duduk di sebelah saya semasa darjah 6. Lia dan Adry ini orang sekarang panggil Banana.

Kelas ini majoritinya pelajar Cina. Di sekolah saya pada masa itu, kebanyakan yang cemerlang adalah pelajar Cina yang datang daripada sekolah jenis kebangsaan. 

Saya ada satu saja alasan logik untuk perkara ini iaitu mereka sangat rajin belajar. 

Dalam kelas kami ada 25 orang pelajar Cina, 8 orang Melayu, 7 orang  Iban dan seorang Bidayuh. 

Apabila kita ada ramai rakan kelas baru yang nama mereka susah nak diingat, memang agak memeningkan. 

Saya dan Amy selalu hadapi masalah bila nak merujuk kepada kawan-kawan Cina yang kami maksudkan. 

Misalnya "Eh. Siapa nama budak lelaki  yang tak ada bulu kaki itu ya, yang duduk di depan budak lelaki yang macam Fido Dido itu?" atau "Budak nama Tay Kay Hing (nama rekaan) yang mana satu? Cikgu Lee suruh dia pergi jumpa dia di bilik guru". 

Serba salah. Tahu orangnya tapi tak tahu namanya. Tahu nama tapi tak tahu yang mana satu siapa orangnya. Oh, pening, pening.

 

Oleh yang demikian saya dan Amy pun mencipta satu kaedah iaitu memberi nama yang mudah diingati kepada mereka terutamanya yang lelaki dan nama itu lekat sampai sekarang. 

Misalnya kami tukarkan nama mereka jadi nama artis terkenal contohnya, Michael Jackson. Haha. Senang nak ingat. 

(Bersambung) 

(443 pp)

Di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur

Tasik Kenyir

Saya share gambar dulu.