Thursday, July 25, 2019

Cabaran menulis 1000 pp hari ke-3

Brain fog hari ini. Puas nak ingat apa benda saya makan semalam. Apa pun cabaran menulis tetap diteruskan. Saya akan cuba. Ayuh.

Wednesday, July 24, 2019

Cabaran 1000 pp Hari Ke-2 Berjaya

Tamat sudah cabaran hari kedua. Kita lihat esok pula apa yang nak digoreng. Huhuuu
Semoga masih dapat tengok matahari besok. Babaiiii

Bapak

Arwah bapak selalu nasihatkan kami. Hutang mesti dibayar. Satu sen pun jika namanya hutang tetap kena bayar.

Kita kena ingat hutang kita. Dengan siapa kita berhutang dan jumlahnya berapa. Tak boleh ingat kena catat.

Bapak cakap apabila dapat gaji bayar hutang terlebih dulu baru boleh belanja. Lagi satu jangan suka buat hutang yang tidak perlu.

Hutang sebab terdesak atau terpaksa. Pada masa arwah bapak meninggal dia takda satu hutang pun.

Kecuali bil-bil bulanan seperti api dan air yang datang selepas dia tiada tapi kami selesaikan. Bapak sangat tegas dengan hal ini dan juga hal lain. 

Dia juga selalu pesan supaya selalu bersedekah. Dulu saya iyakan saja tanpa fikir dengan mendalam.

Sekarang saya faham sebabnya apabila arwah bapak kata orang banyak sedekah Allah sayang dan hidupnya berkat. 

Kalau berjanji dengan orang pada waktu sekian, datanglah awal supaya orang tak menunggu kita. Janji mesti ditepati (bukan dicapati ok)

Saya pernah kena kejar dengan hos paip sebab saya lewat sedikit saja balik ke rumah. Memang best kena sebat dengan hos paip. Haha

Arwah bapak juga kata jangan biar kata-kata orang menggugat kita. Orang boleh kata apa saja tapi kita yang harus kuatkan hati berjalan terus ke hadapan.

Katanya paling penting kita tahu apa yang kita buat asal tak salah pada agama dan undang-undang. 

Semoga Allah merahmati roh bapakku. Sayang bapak dunia akhirat. 

(212 pp) 

Bersedekah

Ada buat sedekah tak hari ini? Saya selalu dinasihati oleh seorang teman baik tentang kelebihan sedekah.

Yang paling saya ingat dia kata tahu tak orang yang mati nak hidup semula di dunia ini sebab nak bersedekah.

Tak ada pun cakap nak hidup balik sebab nak solat, atau puasa atau baca Quran sedangkan semuanya itu pun amalan utama.

Malah perkara ini disebut di dalam surah Al Munafiqun ayat 10. Hanya orang yang mati saja yang dapat melihat betapa hebatnya penangan amalan sedekah ini.

Tapi apa nak buat mereka sudah pun kembali ke alam barzakh. Kita yang masih hidup ini gunakanlah sebahagian rezeki yang ada untuk bersedekah.

Sedekahlah semampu kita. Ada orang rezekinya pada wang dan harta. Ada orang pada ilmu yang dia ada. Orang pertama yang patut kita bantu dengan sedekah kita ialah ahli keluarga yang terdekat.

Kemudian barulah kepada orang lain. Banyak kelebihan bersedekah ini. Saya tak mahulah sebut semuanya jadi nanti saya letak pautan ke halaman tersebut. Awak bolehlah baca di situ.

Apabila kita biasa bersedekah kesannya kepada kita hanya kita saja yang rasa. Semoga Allah terima sedekah kita.

Ini salah satu pautannya. Baca tau. OK I lapyuuu🥰

https://www.edaransalindah.com.my/kenapa-si-mati-lebih-memilih-untuk-bersedekah-seandainya-dia-dikembalikan-ke-dunia/

(180 pp)

Tafakur 1

Tadi tengahari makan apa? Makan di mana? Cuba ini. Besok-besok apabila lapang sebelah pagi, tengahari atau malam, pergi ke kafetaria atau ke mana-mana restoran atau mungkin makan di rumah, ambil nasi berlauk.

Misalnya ambil nasi lauk ikan goreng dan sayur kubis tumis. Sebelum makan perhati makanan kita. Lihat pada nasi dulu.

Nasi yang kita ceduk tadi itulah rezeki kita rupanya. Terfikir tidak dari mana datang beras yang akhirnya jadi nasi itu yang akhirnya Allah takdirkan sejak di Luh Mahfuz sebagai rezeki kita.

Siapa yang tanam pokok padi itu dan di mana ia ditanam? Kemudian ia dituai serta diproses. Banyak prosesnya sampailah beras dibeli oleh empunya kafetaria.

Seperti kebetulan pula kita ke situ untuk makan. Lihat pula ikan goreng. Ikan apa yang kita ambil tadi? Oh  ikan kembung rupanya. Bayangkan daripada berjuta ikan yang ada di lautan. Dan lautan yang kita pun tak tahu yang mana satu. Agaknya dari Laut Atlantik. Entah-entah Laut Cina Selatan atau Laut Pasifik. Jauh tu.

Dari sejak ia menetas daripada telurnya dan ia jadi ikan selama beberapa waktu hinggalah ia matang. Lalu ia ditangkap oleh nelayan.

Siapa pula nelayan yang beroleh rezeki menangkap ikan itu. Kemudian dibawanya ke darat lalu dijualnya. Duit hasil tangkapan dia gunakan untuk kehidupan.

Ikan itu (ya ikan goreng kita tadi) pula dibawa ke sebuah tempat atau negeri. Misalnya dari jeti Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Di situ terjadi beberapa proses jual beli.

Ikan pun sampai di dapur kafetaria untuk dimasak sebagai lauk. Jauhnya perjalanan rezeki kita itu. Tapi tak tergendala langsung perjalanannya. Lancar saja. Kata orang rezeki tak pernah salah alamat. Memang iya. Masya Allah. Hebatnya Dia mengatur segala sesuatu.

Sayur kubis tumis pun sama. Daripada biji benih ia ditanam dan tumbuh. Sebahagian daripada sayur kubis yang kita ceduk itulah Allah sudah tetapkan sebagai rezeki kita.

Bahan untuk tumis semuanya itu Allah dah tetapkan berapa banyak untuk kita makan. Semasa menyuap makanan ke mulut cuba lihat jam berapa. Nah! Tengok tu! Pukul 1.05 pm. Allahu. Masa rezeki masuk ke mulut untuk dikunyah.

Jadi bila-bila nanti kita di kedai makan. Kita pesan makanan tapi tak sampai. Lambat pula tukang masak itu buat. Jangan marah tahu.

Semuanya ada sebab. Sebabnya ialah belum tiba masanya ia jadi rezekimu . Jadi tunggulah sampai ia datang kepadamu.

(365 pp) 

Nasihat Untuk Hari Ini

Apa yang tak boleh dicapai semalam janganlah diingat lagi. Jika boleh diperbaiki, baikilah . Jika tak boleh lepaskanlah dengan dada yang lapang. Lupakan.

Hiduplah pada masa sekarang dan jangan pula risau serta bimbang dengan esok hari. Sebabnya esok belum tentu ada untuk kita. Pastikah kita hidup sampai besok? Tak kan?

Jadi janganlah risau dengan perkara yang di luar bidang kuasa kita. Bolehkah kita kembali kepada masa semalam untuk betulkan kesalan dan kesalahan supaya kita tak menanggungnya pada hari ini? Tak juga kan?

Jadi hidup untuk hari ini. Isi masa kita yang 24 jam itu dengan jadual yang bagus. Jadual cuma panduan supaya ruang yang ada kita isi sebaiknya.

Kita cuma mampu usaha sedaya upaya untuk jayakan apa pun tujuan kita. Pada masa yang sama kita juga mungkin boleh gagal dan buat kesilapan. Sebabnya kita hanya manusia biasa.

Apa pun, usaha tangga rumah kata kawan saya. Pelik betul kawan saya yang ini tapi dia memang hebat sebab dah ada PhD. 

(160 pp) 

Jernihkan Fikiran

Air yang keruh boleh dijernihkan dengan membiarkannya hingga keladak di dalam air itu tenggelam.

Fikiran kita yang sedang berkecamuk hingga menyebabkan stres  juga boleh dengan kaedah yang sama.

Biarkan tenang. Buangkan fikiran yang bukan-bukan itu pergi atau bayangkan kita masukkannya ke dalam poket baju atau seluar.

Kalau ada perkara yang mahu diselesaikan simpankan dalam poket sekejap sampai fikiran baik dan terang barulah letakkan di fikiran semula.

Cara kita mengatur hidup banyak kesannya kepada fikiran. Ini beberapa caranya. 

Buat jadual aktiviti harian. Buat senarai tugas yang nak dibuat ikut keutamaan.

Pastikan cabaran serta masalah kita dan cara kita mahu menyelesaikannya. Bersenam. Ada orang pergi gym. Ada naik basikal dan ada suka berlari.

Jaga pemakanan. Terima kelebihan serta kelemahan diri. Tidur dan rehat yang cukup. Tidur awal dan bangun pun awal.

Setengah orang buat meditasi. Jaga solat dengan solat pada awal waktu. Membaca buku yang bagus. Mengaji Quran setiap hari.

Belajar fokus. Buat satu kerja pada satu masa. Menulis diari atau jurnal.

Jangan pening-pening. Santai-santai saja. Jagalah diri baik-baik sebab itu tanggung jawab kita. 

(176 pp) 

Tasik Kenyir

Saya share gambar dulu.